Apakah tahap berdikari? Salah ke kalau kita meminta bantuan manusia apabila kita berada disituasi diluar kemampuan kita?
Adakah itu dinamakan sebagai seorang yang terlalu bergantung dengan manusia lain atau erti kata lain seorang yang tidak mampu untuk berdiri dikaki sendiri? Walaupun kita sedar kita tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan itu seorang diri namun kita masih memaksa diri untuk melakukannya, dan akibatnya tindakan tersebut membuatkan kita berasa tertekan.
Kita merasa bahawa apabila meminta bantuan, orang lain akan menganggap kita seorang yang lemah dan tidak pandai berdikari. Apa salahnya sekiranya kita bekerja secara berkumpulan? Bekerja secara berkumpulan tidak bermakna kita seorang yang lemah. Dan bekerja secara bersendirian juga tidak bermakna kita seorang yang gagah. Cuma perlulah mengikut keadaan adakah kita sesuai untuk bekerjasama dengan manusia berkenaan. Tapi bukanlah dengan terus membuat pendekatan 'Berdikari'. Hidup perlukan komunikasi. Waima bekerja sendiri pun memerlukan komunikasi antara pekerja dan majikannya.
Berdikari boleh merangkumi bermacam cara. Cuma kena pandai mengolahnya. Kita adalah MANUSIA..sifat semulajadi manusia adalah manusia tidak akan berasa lengkap jika menyendiri. Kita saling memerlukan diantara satu sama lain. Sikap tidak peduli dan tidak mengambil endah hal sekeliling membuatkan kehidupan yang mudah menjadi susah. Walaupun hati berkata bahawa kita mampu untuk hidup bersendiri, tetapi sampai bila kita ingin hidup dengan cara itu?
Lahirnya kita di dunia ada hikmah. Selain tugas untuk beribadat kepada Allah, bukan kah kita juga disuruh berbaik-baik sesama hambaNya tanpa mengira bangsa? Manusia itu lemah. Jadi tak usah menunjuk ego yang kita mampu untuk membuat semuanya secara bersendirian. Bukti yang nyata, apabila ingin meninggalkan dunia ini selamanya, kita masih memerlukan bantuan manusia untuk mengebumikan kita secara sempurna. Tidakkah kita merasa malu dengan keadaan itu? Kenapa perlu bersombong?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment