Pernah menonton movie luar negara x? seorang pelajar yang pelik diboikot dan dibuli. xkiralah pelik dari segi pakaian, muka yg xcantik dari rakan2 yg lain,ataupun dia seorang yang tidak pandai untuk bersosial.
tapi aku xsangka, rupanya aku alami perkara yang sama macam dalam movie tu. bukan aku yang dibuli tapi kawan aku. walaupun istilah dibuli tu bukanlah seperti dipukul dan sebagainya, tapi dibuli secara senyap. mungkin mengikut budaya persekitaran? budaya Melayu yang suka bercakap belakang?
kawan aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang pelik. dia berumur 25 tahun tua 3 tahun dari kami. dari segi muka, bentuk badan dan pakaian memang kelihatan tua. aku tidak mahu menyentuh tentang wajah dan bentuk badan kerana pada aku itu adalah anugerah Allah pada manusia. jadi aku terasa aku tidak ada hak untuk menegur.
dari segi pakaian, dia suka memakai pakaian yang striking. maksud aku, baju oren corak, tudung striking oren dan bercorak jugak. pendek kata semua baju yang dipakai kelihatan pelik dan nampak tua. pada aku, aku tidak kisah walau siapa pun dia. macamana dia berpakaian atau apa pun pada aku itu hak masing2. dan, cara dia berpakaian tidak menjolok mata cuma kelihatan kelakar pada mereka yang memandang sinis dan menganggap mereka adalah perfect.
dari segi perwatakan, dia hidup didalam dunianya. dia=laptop. dia tidak menghiraukan sekeliling. aku xpasti samada dia perasan atau tidak yg orang sekeliling bercakap belakang dan tidak menyukai dia? atau dia buat2 xtahu? seorang yang sangat rendah diri dan tidak tahu membuat keputusan. menurutnya dia anak sulung dalam keluarga. tapi yang membuatkan aku xfaham adalah, seolah2 dia seorang anak kecil yang tak tahu apa2. bila bertnya dan jawapan yang diberi 'xtahulaaa..iya kot..xpastilaa..entahlaaa...?jawapan atas angin. yang membuatkan orang hilang keyakinan atas kebolehannya. aku pasti, attitude ini akan membuatkan dia bermasalah apabila dialam pekerjaan nanti? dan perkara ini yang membuatkan dia senang dibuli dan diboikot.
cuma, apabila berkawan dengan dia, aku terasa simpati kerana memang menonjol orang sekeliling tidak menyukainya. didalam kelas misalnya, orang tak akan duduk disebelah dia. bila ada presentation, orang akan ketawa bila dia sedang membuat presentation. ketawa yang sinis?
aku simpati dengan nasibnya. pada aku semua manusia adalah sama ada cacat cela. aku xmemilih kawan. siapalah aku untuk memilih? cuma kadang2 aku tersasar. apabila berkawan dengannya sedikit demi sedikit aku ingin mengubah dirinya. melalui pakaian terutamanya. kerana aku ingin mereka lebih menghormatinya. tapi..........sebenarnya aku tak ada hak untuk itu. aku perlu menghormati siapa pun dia. dia ada cara dan selesa dengan caranya. kenapa aku perlu mengubah? suatu hari dia akan mengubah diri sendiri mengikut acuan semasa yg dia inginkan.
MANUSIA.masing2 ada cacat cela...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment